Friday, 28 June 2013

PEMUDA YANG DIJANJI~

ALLAH~
ALLAHU AKBAR~
ARRAHMAN ARRAHIM~

LELAH DALAM NAFASKU
SETIAP DEGUP JANTUNGKU
SEDETIK DENYUTAN NADI
SETAPAK LANGKAHAN KAKIKU
SETIAP TITIS PERMATA HINGGAP DI PIPI
SEMUANYA KOSONG TIDAK BERISI

KICAUAN BEBURUNG PIPIT DI AWAN
KOCAKAN IKAN EMAS DI KOLAM
LENTOKAN PACAT LINTAH DI SAWAH
LENGGOKAN BELUT BUNTING DI PARIT
RIMBUNAN PEPOHON MENGHIJAU DI HUTAN
GUGURAN HARUMAN DURIAN DI KEBUNAN
LA BUDDA, TIDAK MESTI TIDAK
HANYA DENGAN SEPOTONG KATA
"KUN"
MAKA JADILAH
KEBESARAN ALLAH YANG TIADA TANDINGANNYA

SYABAB PEMUDA BUDIMAN
SYABAB PEMUDA BERWAWASAN
SYABAB PEMUDA TAULADAN
SYABAB PEMUDA GAGAH
PANTANG BERUNDUR SEBELUM TAMAT
PANTANG MENGALAH WALAU SESAAT
PANTANG BERPALING MENYESALI
TAK GENTAR BILA DISERGAH
'TAK GOYAH BILA DICERCA
KERANA...
HATINYA TERANG DENGAN AAYAT SUCI

PERITNYA
TATKALA HATI SERING MENCARI CINTA
MENDAMBA KASIH DARI HAMBA SEMANUSIA
YANG TAK TAHU PENGHUJUNG BAGAIMANA
MEMBIAR BUJUR BERLALU
MELEWATI LINTANG YANG PATAH

AH..
SEDARLAH!!!
BANGKITLAH DARI LENA
SEGARKAN DIRIMU DENGAN WUDHUK SUCI
IRINGI LANGKAHMU DENGAN ZIRULLAH MENITI
LUASKAN PANDANGANMU TERHADAP CIPTAAN ILAHI
JANGAN SESEKALI MENGULANGI
PERKARA SIA-SIA MEMBAWA RUGI
ROSAK BINASA MEMAMAH DIRI

SYABAB BUDIMAN BUAT MUJAHIDAH
SYABAB TAULADAN UNTUK NAAJIHAH
SYABAB BERWAWASAN KHAS SAKEENAH
SYABAB GAGAH MENANTI JUNDULLAH
SEBAGAI QUDWAH HASANAH
MENGORAK LANGKAH
MENERAJU NASAB MAWADDAH
PENEGAK UMMAH PEWARIS AGAMA



ya,pemuda yang baik adalah buat wanita yang baik
tak dinafikan bahawa dewasa ini kita kerap kali mendengar perihal kahwin di usia muda
lebih-lebih lagi buat ana yang hidup dalam kampus UIAM yang sudah tidak asing lagi fenomena ini

difikirkan dari satu sudut pandangan
ia banyak menghasilkan kebaikan yang sahih
dilihat dari luaran
pasangan muda bercahaya mata ini sangat romantis
tapi,tahukah kita betapa banyaknya dugaan yang perlu ditempuh untuk menempa kebahagiaan itu?

buat sahabat yang merancang untuk berkahwin awal
alhamdulillah, ana ucapkan shabas kerana enti anta berani untuk melangkah ke alam baru
ana doakan mudah-mudahan enti anta diberkahi ALLAH
tapi,persiapkan diri dengan keteguhan iman
hiasi diri dengan keperibadian alQuran

latihlah diri berjemaah dan mujahadah terutama soal solat di awal waktu
inshaAllah pasangan yang bakal menemani enti anta hingga ukhrawi
merupakan cerminan terhadap diri anta enti

ya Allah
jika dia adalah jodohku
temukanlah kami dengan cara yang baik
buat pemuda yang dijanjikan Allah buat diriku
kiranya ada~

-wallahu taala a'lam-