ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan...
Alhamdulillah, dengan keizinan ALLAH SWT
saya dapat lagi membuka mata pagi tadi
saya sempat beriadhah bersama bekas rakan sekelas saya sem lalu
menunggang basikal mengelilingi tasik
rasa beruntung kerana ALLAH memberi RUANG & PELUANG buat kami
mengeratkan silaturrahim
sambil mensyukuri NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT
ALHAMDULILLAH....
meyingkap kembali zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh
antara rahsia kejayaan beliau menjadi seorang pemimpin mahshur
"menjaga hubungan
sesama manusia"
Islam menuntut kita untuk sentiasa menjaga hubungan sesama Muslim
adat hidup sebagai manusia~
sering melakukan kesilapan
tiada manusia yang sempurna melainkan Rasul Akhir Zaman
Nabi Muhammad SAW
sedangkan Nabi pun meMAAFkan ummatnya
inikan pula kita, hanya manusia biasa
sesunggauhnya telah tersurat qada & qadar bagi setiap manusia
QADA ;
Qada Mubram ; ketentuan ALLAH yang pasti berlaku tanpa apa halangan sekalipun
cth : mati itu adalah sesuatu yang pasti
"dan di sisi ALLAH jualah kunci-kunci semua yang ghaib"
(Al-An'am ;59)
Qada Muallaq ; ketentuan yang tidak semestinya berlaku, bergantung kepada sesuatu perkara
cth : panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain
cth : panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)
selama mana kita hidup?
selama mana kita hidup?
bilakah kita akan pergi ke alam seterusnya?
bagaimanakah keadaan tempat kita di alam seterusnya?
kita tak sedar yang kita terlalu leka, alpa, lalai dengan kehidupan ini
banyak kemungkaran yang kita lakukan
terlalu sedikit amalan kita sebagai bekal menuju akhirat
marilah kita sama-sama perbaiki diri
seiring dengan RAMADHAN yang bakal menjelang
persiapkan diri dengan jentera
AYUH KITA MELANGKAH SEMANGAT
BERIBADAH MENDAPAT RAHMAT DAN REDHA ALLAH
ALLAHU AKBAR!!!!