Saturday 14 July 2012

ConTinUity~

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan...
Alhamdulillah, dengan keizinan ALLAH SWT
saya dapat lagi membuka mata pagi tadi
saya sempat beriadhah bersama bekas rakan sekelas saya sem lalu
menunggang basikal mengelilingi tasik
rasa beruntung kerana ALLAH memberi RUANG & PELUANG buat kami
mengeratkan silaturrahim
sambil mensyukuri NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT
ALHAMDULILLAH....

meyingkap kembali zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh
antara rahsia kejayaan beliau menjadi seorang pemimpin mahshur
"menjaga hubungan 
sesama manusia"
Islam menuntut kita untuk sentiasa menjaga hubungan sesama Muslim

adat hidup sebagai manusia~
sering melakukan kesilapan
tiada manusia yang sempurna  melainkan Rasul Akhir Zaman
Nabi Muhammad SAW
sedangkan Nabi pun meMAAFkan ummatnya
inikan pula kita, hanya manusia biasa

sesunggauhnya telah tersurat qada & qadar bagi setiap manusia
QADA ; 

Qada Mubram ; ketentuan ALLAH yang pasti berlaku tanpa apa halangan sekalipun
cth : mati itu adalah sesuatu yang pasti
"dan di sisi ALLAH jualah kunci-kunci semua yang ghaib"
(Al-An'am ;59)

Qada Muallaq ; ketentuan yang tidak semestinya berlaku, bergantung kepada sesuatu perkara
cth : panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)

selama mana kita hidup?
bilakah kita akan pergi ke alam seterusnya?
bagaimanakah keadaan tempat kita di alam seterusnya?

kita tak sedar yang kita terlalu leka, alpa, lalai dengan kehidupan ini
banyak kemungkaran yang kita lakukan
terlalu sedikit amalan kita sebagai bekal menuju akhirat

marilah kita sama-sama perbaiki diri
seiring dengan RAMADHAN  yang bakal menjelang
persiapkan diri dengan jentera
AYUH KITA MELANGKAH SEMANGAT 
BERIBADAH MENDAPAT RAHMAT DAN REDHA ALLAH
ALLAHU AKBAR!!!!

Friday 13 July 2012

SPM

SPM???

apa yang akan terlintas dalam fikiran kita kalau disebut mengenainya?

"Sijil Peperiksaan Malaysia"

apa yang dikira; BERAPA BANYAK A+ yang dapat?
penting tau; untuk MASUK UNIVERSITI
kalau result molek; boleh dapat BIASISWA
dan banyak lagi...

yang saya peroleh sewaktu di SURAU DIRI JUMAAT SRISS dahulu;

"SIJIL PADANG MAHSHAR"
~ini hanya padang biasa sahaja~

apa yang dikira; AMALAN PAHALA + KEBERKATAN ALLAH
untuk; KEBAHAGIAAN HIDUP DI AKHIRAT KELAK
penentu samada kita akan ke
SYURGA @ NERAKA

apabila diimbas kembali segala apa yang telah kita lakukan
selama ALLAH meminjamkan jasad ini...
terlintas difikiran...
adakah telah kulakukan seruan ALLAH kepada hambaNYA

kita pernah berjanji dengan ALLAH
ingat lagi tak kawan2?
janji kita ;
"kami akan beribadah kepadaMU"

adakah kita telah menunaikan janji tersebut?
MANUSIA~MANUSIA~
sifat manusia adalah seseorang yang pelupa
hanya tahu menanam tebu di tepi bibir sahaja

kita lupa janji kita duluALLAH ada mengingatkan hambaNYA dalam SURAH ADDZARIYAT;55
"Aku tidak menciptakan jin dan MANUSIA selain untuk BERIBADAH KEPADAKU"

nah...
jelaskan tujuan kita berada di dunia ini

to be continue~

~trend~

setelah sekian lama tak menulis
hari ni tiba2 tergerak hati nak menaip banyak2 letters plop



semalam saya dengan rasminya masuk belajar
 STATISTIC group 912



bila tahu ja kena tukaq grup, menitik juga la ayaq mata nih
mana tak nye...
  1. hari isnin kelas pukul 2PM dah bertukaq jadik 9AM
  2. khamis kelas molek doh 11AM, convert jadik 2PM-4PM
  3. ISNIN, RABU, KHAMIS KELAS 9-11AM & 2PM-4AM

naik komuter dari tanjung malim

so,dop dapat dah nak balik U hari isnin pagi2 mubakkiran tu

dan....
tak dapat nak balik rumah awal sket dah sebab ada klas khamis sampai 4pm

TAPI.....
bila saya fikir balik setelah DUA KALI tak sengaja menangis
ini yang saya jumpa ;
  • saya beruntung sebab ALLAH tahu saya suka tido lepas subuh terutamanya ISNIN
  • saya tak lagi tido lepas 1PM (tym biasa abes klas)
  • saya tak lagi berlari-lari dari EDU---->ENGINE tu
  • saya dapat kenal students ECONS yg lain2
tak semua yang kita mahu tu kita akan dapat
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA
ada hikmah atas setiap segala sesuatu yang berlaku tu

JADI...
seperti yang selalu madam STATS ingatkan
SINCERITY IS THE MOST IMPORTANT THING
ikhlaslah dalam setiap perbuatan kamu kerana ganjaran ALLAH pasti menunggu