Wednesday, 27 March 2013

PADA ZAMAN ITU...


OH AYAH OH IBU
DENGARLAH RINTIHAN DAN LUAHAN HATIKU
YANG DAHAGA KASIH

JIWAKU TERASA TERSIKSA
KETANDUSAN KASIHMU
MARILAH KITA BINA BERSAMA-SAMA
KELUARGA BAHAGIA~

...الحمدلله...

Acap kali kita ungkapkan kalimah ALHAMDULILLAH dalam kehidupan sehari-harian
ALHAMDULILLAH atas ucapan ALHAMDULILLAH yang masih lagi dapat Hasya ucapkan
Kerana dengan kekuasaan ALLAH lah
Yang membolehkan Hasya mengungkapkan kalimah suci ini
ALHAMDULILLAH~

ALHAMDULILLAH...
Allah izinkan kami (sebahagian besar pelajar IIUM) untuk pulang ke kampung halaman
Bertemu dengan orang yang tersayang
Di mana tempat permainan kami sebelum menginjak ke alam universiti
Halaman kami menyemai benih silaturrahim
Ruangan kami belajar tentang kehidupan
Tempat kami dididik dengan penuh kasih sayang

Dan...
Alhamdulillah...
Allah masih beri ruang kepada kami
Untuk lebih mendalami isi budi adik-adik tersayang
Menyemai secangkir kasih
Memupuk benih hasanah

Alhamdulillah...
Atas kurniaan Allah
DIA izinkan abang untuk berjaya dalam SPM yang lalu
Terima kasih YA ALLAH
Alhamdulillah...

Tapi...
Kegusaran meruntun di kalbu
Setiap bait yang abang lafazkan
Sukar sekali untuk ku dengar ucapan tahmid meluncur di bibirnya
Apa yang sering diungkap hanyalah :
"tak belajar elok-elok pun boleh"
"kalau dulu aku tak pergi sungai, takdenye aku pandai berenang sekarang"
"apa nak susah, kat mana-mana pun sama je"

Apa yang terlintas di hati Hasya tatkala itu...
"Ya ALLAH, lindungilah abang daripada riak terhadap rezekiMU
Jauhkanlah abang daripada sikap ego diri
Dekatkanlah abang denganMU dan kami"

Lalu...
Terdetik di sebalik pintu hati ini
"Luaran sahaja abang begitu
Dalaman inshaALLAH abang masih lagi teguh"

Hasya perlukan keQOWIYan itu
Hasya perlukan sokongan itu
Hasya perlukan semua
Dan Hasya tahu
ALLAH sentiasa ada untuk semuanya :)

Berdakwah dengan keluarga adalah harapan utama buat masa sekarang
Hasya idamkan keluarga hasanah, sakeenah dan mawaddah
Semoga ALLAH merahmati kami
inshaALLAH
AMEEN YA RABBI~

No comments:

Post a Comment